Wednesday, July 24, 2013
#KENAPE COUPLE ITU HARAM ?
Remaja & Cinta. Di zaman yang serba moden, canggih dan berteknologi kini, percintaan di kalangan remaja dan muda-mudi bukanlah sesuatu yang asing. Fitrah semulajadi manusia yang ingin disayangi dan menyayangi, dicintai dan menyintai, dimanja dan memanjakan dan ingin hidup berpasangan, ada yang menemani di kala suka dan duka, ada yang menghiburkan di kala kesunyian dan kesedihan.
Namun, perasaan cinta yang Allah kurniakan di hati setiap manusia sering disalah gunakan. Hanyut dengan perasaan cinta yang membara, maruah diri menjadi gadaian. Didada-dada akhbar sering terpampang “Remaja perempuan lari dari rumah kerana mengikut teman lelaki”, “Bayi yang baru dilahirkan ditemui di dalam tong sampah” dan macam-macam lagi berita yang tak elok. Mengapa semua ini berlaku sedangkan sudah ada garis panduan yang Allah tetapkan untuk manusia menjalani kehidupan dengan teratur di dunia ini?.
Bukan hanya sekadar membaca berita-berita kurang enak ini didada akhbar, aku sendiri pernah berhadapan dengan pasangan remaja yang ingin menggugurkan kandungan yang sudah berusia 3 bulan. Remaja perempuan tersebut baru berusia 17 tahun tapi aku tak tahu pula berapa usia si lelaki, kekasih hatinya itu.
Peristiwa ini berlaku ketika aku bekerja sebagai pembantu klinik. Pasangan ini datang ke klinik dan bertanyakan sama ada adakah doktor di sini berbangsa Cina. Aku menjawab ya. Dalam hati pelik juga kenapa dia bertanyakan tentang bangsa doktor di sini.
Rupa-rupanya sebab mereka ada tujuan yang tidak elok. Bayi tersebut mahu digugurkan walaupun kandungan sudah berusia 3 bulan. Doktor mengatakan bahawa tidak boleh gugurkan bayi tersebut kerana bayi tersebut sudah besar. Remaja perempuan tersebut menjawab “sepupu saya dah 4 bulan pun boleh gugurkan”. Astaghfirullah, nak gugur rasanya jantung aku mendengar jawapan remaja perempuan tersebut.
Doktor tetap kata tak boleh. Lagi pun, sebagai seorang doktor juga, adalah dilarang untuk melakukan proses pengguguran bayi. Doktor suruh mereka berkahwin, sepantas kilat remaja lelaki tersebut menggelengkan kepala sambil berkata “susah…”. Sedih dihati ku ini melihat senario di depan mataku. Lebih pilu dan malu aku rasakan kerana kedua remaja tersebut adalah bangsaku sendiri, dan doktor pula berbangsa lain.
Ini bukan cerita rekaan, tetapi inilah kenyataan. Ini juga merupakan senario yang tidak asing lagi pada zaman ini. Islam telah menetapkan bahawa hukum couple itu haram di atas sebab-sebab tertentu. Di bawah ini adalah huraian mengenai huku couple, kenapa couple itu haram dan nas-nas yang berkaitan dengannya. Petikan di bawah ini aku ambil dari blog ustazcinta.
KENAPA COUPLE ITU HARAM? APAKAH NAS YANG MENYATAKAN COUPLE ITU HARAM?
1) Couple Itu Haram Kerana Berlaku Zina Mata Dan Penyalahgunaan Panca Indera
Allah telah berfirman yang bermaksud: dilarang lelaki melihat bahagian tubuh wanita melainkan wajah dan telapak tangan. Kerana bahagian lain adalah aurat. Jika bercouple, pasti akan berlaku perbuatan MENATAP bahagian dada, pinggang dan lainnya. Apatah lagi jika perempuan bercouple ini memakai baju ketat. Maka akan berlaku zina mata sepanjang pertemuan. Sangat jarang perempuan bercouple pakai tudung labuh dan berjubah. Pendek kata, kalau yang bercouple ini biasanya memang tidak menjaga aurat. Maka, HARAM pertemuan itu.
Ini beberapa hadis yang menceritakan dosa mata :
Nabi Bersabda “Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi anak Adam mendapat bagian dari zina, tidak boleh tidak, zina kedua mata ialah memandang, zina lidah ialah perkataan, dan zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedang faraj (kemaluan) saja yang menentukan benar ataau tidaknya dia berbuat zina.” (Muattafaqun `Alaih)
Dari Jarir bin Abdillah berkata : Saya bertanya kepada Rasulullah mengenai “pandangan yang tiba-tiba”, maka beliau bersabda :”Palingkan pandanganmu.”(H.R. Muslim dan Abu Daud, lafadz hadits Abu Daud)
Maksudnya jika terpandang aurat secara tiba-tiba. Maka nabi mengarahkan agar sahabat berpaling. Kerana haram MENATAP AURAT WANITA atau WANITA MENATAP AURAT LELAKI. Ini bermakna, tidak boleh menatap kecantikan seseorang yang boleh mendatangkan rangsangan nafsu dan syahwat.
Dalam hadits lain, Rasulullah bersabda: “Jangan kamu ikuti pandangan (pertama) itu dengan pandangan (berikutnya), pandangan pertama untukmu, dan tidak untuk yang pandangan kedua.” ( H.R. Tirmidzi dan Abu Daud, Tirmidzi dan AlBani menilai hadits ini hasan.)
Yang dimaksud dengan pandangan pertama adalah pandangan yang terlontar tanpa sengaja. Jadi, adakah mungkin orang bercouple tidak saling memandang?. Adakah mungkin orang bercouple bila bercakap tutup mata?. Sudah tentu mustahil. Bila bercinta akan saling menatap, memandang dan memerhati seluruh tubuh pasangan. Maka inilah DOSA. Ianya HARAM secara jelas.
2) Couple Itu Haram Kerana Bersentuh Antara Lelaki Dan Perempuan
Biasanya orang bercinta, mula-mula sahaja duduk renggang. Bila sudah selalu bertemu, syaitan akan goda “Engkau ini sudah lama kenal, apa salahnya sentuh-sentuh dan pegang tangan. Semua orang buat macam tu bila bercinta. Barulah namanya “pasangan kekasih” maka si lelaki mula buat-buat tersentuh.
Kerana itu, Allah melarang mendekati couple sebab bila sudah selalu bersama, PASTI akan berpegang atau bersentuhan. Ingat! Menyentuh dengan sengaja adalah satu perbuatan yang haram. Demikian juga seorang perempuan menyentuh lelaki ajnabi, ini berdasarkan sabda Nabi saw:
Maksudnya: “Kalau dicucuk dengan jarum dikepala salah seorang dari kamu adalah lebih baik daripada dia menyentuh perempuan yang tidak halal baginya”. [HR At-Tabarani 20/212, Sahih Al-Jami’ No. 4921]
3) Couple Itu Haram Kerana Terpaksa Mendengar Suara Wanita Yang Mendayu-Dayu
Bila bercinta, adalah pasti wanita dan lelaki akan berbicara. Dalam berbicara sudah pasti akan terselit nada mendayu dan perkataan yang lemah-lembut. Kerana itulah dinamakan percintaan. Orang bercouple tidak akan saling tengking menengking. Orang bercouple sudah pasti saling ketawa dan bersenda gurau. Jadi, apakah hukum suara wanita dalam bab bergurau, ketawa dan mendayu-dayu?
Mengikut Imam Syafie; Suara wanita adalah aurat dihadapan lelaki-lelaki yang ajnabi (asing) samaada dikhuatiri terjadinya fitnah mahupun tidak.
Suara wanita tidak aurat sekiranya masih berada didalam batasan yang digariskan. Suara Wanita yang bernada rendah/ mendesak/ merayu/ menggoda/ lembut terhadap ajnabi ataupun didengari oleh ajnabi ianya haram. HARAM bercakap dengan nada yang lembut.
Suara seseorang wanita ajnabiah ketika beliau berada berhampiran dengan lelaki ajnabi adalah dianggap sebagai aurat menurut pendapat yang sahih. Oleh itu, seseorang wanita tidak dibolehkan mengucapkan tasbih di dalam sembahyang mereka ketika mereka menegur sesuatu perbuatan imam yang salah sebagaimana lelaki mengucapkan tasbih. Bahkan, seseorang wanita hanya memadai menepuk belakang tangannya. Begitulah seterusnya, seseorang wanita tidak dibolehkan meninggikan suaranya ketika mengucapkan talbiah semasa mereka berihram kecuali menurut kadar yang boleh didengar oleh teman wanitanya.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32 yang bermaksud, “Maka seseorang wanita itu janganlah melembutkan suaranya kerana menyebabkan hati orang lelaki yang ada penyakit akan menaruh harapan. Seseorang wanita hendaklah mengucapkan perkataan yang sopan.”
Imam Ibnu Jarir at-Tabari RA dalam tafsirnya mengatakan, seseorang perempuan itu janganlah melembutkan suaranya kepada seseorang lelaki yang boleh mendorong orang yang mempunyai niat tidak baik melakukan perbuatan serong kepada perempuan itu. Kemudian, beliau menukilkan hadis dengan sanad yang bersambung kepada Ibnu Abbas RA berkata, “Seseorang perempuan janganlah menurunkan nada bicaranya dan melembutkan ungkapannya.”
Beliau juga menukilkan hadis yang sanadnya bersambung kepada Ibnu Zaid berkata,“Menundukkan suara ialah suara yang dibenci Allah yang diluahkan oleh seseorang perempuan kepada lelaki ajnabi, yang boleh menusuk ke dalam jiwa lelaki.”
Perkataan yang makruf ialah ungkapan yang sopan, baik dan terkenal dengan kebaikan.
Suka diterangkan disini, perbualan ini tak terhad kepada telefon memandangkan dunia yang semakin canggih. Justeru voice chat, tele-conference, cellphones dan sebagainya termasuk dalam kategori yang sama.
Pesanan: kalau tiada hal yang benar-benar mustahak, tak perlulah berurusan dengan cara yang boleh menimbulkan fitnah dan zina dari segenap aspek.
Orang yang mengatakan tiada nas yang melarang couple atau bercinta itu sebenarnya adalah orang-orang yang JAHIL dan FASIQ. Dia enggan mencari kebenaran, sebaliknya memberi alasan apabila ada pihak yang menasihati.
Maka, secara jelasnya. TIADA JALAN BERCOUPLE DALAM ISLAM MELAINKAN KAHWIN SAHAJA. KAHWIN ADALAH COUPLE YANG SUCI DAN HALAL. Perkahwinan itu mempunyai banyak hikmah. >> Hikmah Perkahwinan <<.
Ini adalah sebahagian sahaja dari hujah-hujah mengenai hukum couple. Anda boleh meneruskan pembacaan mengenai KENAPA COUPLE ITU HARAM di entri KENAPA COUPLE HARAM?. DI SINI DALIL AL-QURAN DAN NAS HADIS.
Allah Taala berfirman, bermaksud: “Hai anak Adam, kamu tidak adil terhadap-Ku. Aku mengasihimu dengan segala kenikmatan tetapi kamu membenci-Ku dengan berbuat maksiat. Kebajikan kuturunkan kepadamu, namun segala kejahatan naik kepada-Ku. Selamanya malaikat yang mulia datang melapor tentang kamu tiap siang dan malam dengan amal-amalmu yang buruk. Tetapi hai anak Adam, jika kamu mendengar perilakumu dari orang lain dan kamu tidak tahu siapa yang disifatkan pasti kamu akan cepat membencinya”(Hadith Qudsi)
“Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”.(Surah Zumar: 9)
Renung-renungkanlah. LOVE OR LUST?
رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
maksudnya : "Ya Tuhan Kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan
sediakanlah petunjuk untuk kami (dalam menyelesaikan) urusan kami."
sediakanlah petunjuk untuk kami (dalam menyelesaikan) urusan kami."
KETERANGAN DAN PETUA BERAMAL
Ayat ini di baca oleh pemuda-pemuda Ashabul Kahfi ketika melarikan diri ke dalam gua (al-Kahf) sebagai doa kepada Allah agar mendapat rahmat, dan hdayah-Nya agar berjaya mempertahankan keimanan mereke. Rahmat yang dimaksudkan dalam ayat ini merujuk kepada ilham dan hidayah yang membawa kepada kejayaan di dunia dan akhirat. Pemuda-pemuda ini memohon kasih sayang Allah SWT agar memberkati usaha mereka di dunia dan akhirat.
(Tafsir Ruhil Ma'ani, tafsir ayat 10 surah al-Kahfi)
She asked her: Why you don't have a boyfriend ?
She replied with confidence: You tell me, why would I have a boyfriend ?
I guess you don't have no answer for my question, but I have answer for yours.
First, I am a BELIEVER. I can't do what displeases my creator. He ordered me not to have a boyfriend so I should obey him. Allah says in Quran : "Nor those who fate ( secret ) lover" ( Surah An Nisaa - 25 )
Secondly, I am a daughter of a man who raised me to be a chaste girl. I am a sister of a man who is proud of my purity, so I don't want to dissapoint them and most of all, I don't want to dissapoint a third man who is my future husband and the father of my children. InsyaAllah, I'm preserving myself to him only.
Then, my mom raised me up to be a righteous girl so that I deserve a righteous man. She never raised me to be a toy in any boy's hand, but she raised me to complete the Deen.
Also, I am not an easy girl who would be impressed with sweet love words, but I am proud Muslimah who is just like a pearl in its shell. No one can touch it but only a brave man who would value it and cherish its beauty.
7 JENIS PAHALA YANG AKAN BERTERUSAN WALAUPUN SUDAH MENINGGAL DUNIA.
Dari Anas RA berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya:
1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur’an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya kecuali 3 perkara:
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah).
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Resah. Gelisah. Seraut wajah termenung jauh. "Orang lain semua dah kahwin, tinggal aku sorang saja".
Sekeping hati bermonolog. Monolog itu disusuli tujahan prasangka.
"Aku tak cantik ke?"
"Aku kurang bergaya ke?"
"Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?"
"Aku tak pandai meng'ayat' agaknya."
Mungkin itulah kerisauan yang memberat di minda mujda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stres & gelojak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati & memiliki seseorg tanpa mengenal batas hala & haram. Yg penting, dapat.
Pilu hati ini melihat remaja yg merana kerana cinta. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lg. Diri diperhamba menangih cinta sementara hgga sanggup berkonflik dgn Pencipta cinta. Semua batasan-Nya diredah segala. Tak kenal dosa pahala.
Oh, remaja!
Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa & zina. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu tidak akan berkat. Apa tidaknya, asanya dibina drp dosa & maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yg utuh kecuali dinaik taraf dgn taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar & hambar. Semuanya dah dirasa & terbiasa, nak rasa nimatnya apa lagi? Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sbg hukuman dunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.
Ku hembus nasihat ini kpdmu hai remaja tanda sayangku tidak terhingga. Bagi para gadis yg belum berpunya, andalah pilihan-pilihan Allah utk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendpt seruan, yakinlah. Jgn risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin beri ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lg.
Begitu juga buat pemuda yg belum berpunya, '1st thing 1st'. Utamakn yg lbh penting drp ap yg penting. Kenali prioriti anda skrg. Jika mmg dah smpi saat nak memiliki, tabahlah & teruskn berusaha. Ingat, pastikan waktu nk berusaha tu anda mmg dah betul-betul mampu & sedia.
Memiliki seorg isteri solehah ibarat memiliki dunia & seisinya. Sudah tentu jalan utk mendapatkan sesuatu yg istimewa amat berliku & bnyk cabaran. Jgn putus asa. Rasa mulialah dgn usaha yg dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu & terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan dilandasan-Nya. Teruskan berusaha!
Ingat, usaha yg Allah redha shj. Bagaimana? Dgn SMS siang malam? Atau bergayut ditelefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?
Berusahalah menyediakan diri & pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan org perantaraan utk lebih menjaga warak & iman.
Seringkali, seseorg mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yg tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam & jurang sabar ditempuh. Namun, apabila dia memilikinya, didapati insan yg dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yg tak disalur dgn suluhan petunjuk Al-Quran & Sunah.
Beringatlah, urusan jodoh tidak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz utk kita. Ianya urusan yg pasti. Apa yg tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Wallahu'alam..~
1st Thing 1st:
- Ijazah
- Kerjaya
- Berbakti kpd Ibu Bapa
- Berumah Tangga>>>>>REDHA ALLAH

Subscribe to:
Posts (Atom)